Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for June, 2010

Jadual pengajian bulan Julai 2010

Posted by suraukhairiahkgtengah on June 30, 2010

Pengajian di bulan Julai dikembarkan di bawah. Dua pengajian khas akan diadakan iaitu pada 10 Julai sempena Israj & Mikraj dan satu kuliah pada 23 Julai bagi menghurai perkara Muamalat. Jamaah kariah dan juga mereka yang berdekatan dijemput untuk menghadiri majlis-majlis yang dijadualkan. Klik Image untuk dibesarkan.

Advertisements

Posted in Jadual Kuliah | Comments Off on Jadual pengajian bulan Julai 2010

Permainan “Table Tennis”

Posted by suraukhairiahkgtengah on June 13, 2010

Biro Pemuda bercadang menyediakan kemudahan permainan “Table Tennis” diperkarangan Surau untuk riadah para remaja dan juga dewasa. Apa pendapat anda?

Posted in Am | 1 Comment »

Rujukan Ilmu Tajwid

Posted by suraukhairiahkgtengah on June 13, 2010

Pengajian Ilmu Tajwid yang telah dipimpin oleh Ustaz Khairul yang diadakan pada malam Sabtu setiap dua minggu (rujuk jadual pengajian) telah berjalan sejak Mei 2010 menggunakan buku Ilmu Tajwid in sebagai rujukan.

Surur Shihabuddin bin Hassan

Penerbit: Pustaka Salam Sdn Bhd

Buku Tajwid ini meliputi perbahasan tentang ilmu tajwid menepati apa yang diriwayatkan bacaannya dari Rasulullah s.a.w. menurut Qiraat ‘Asim seperti yang diriwayatkan oleh Imam Hafs melalui aliran Imam Asy-Syatibiah, yang merupakan ikutan umat Islam di Malaysia khasnya dan sebahagian besar umat Islam di seluruh dunia. Buku ini juga disusun menepati kaedah penulisan Al-Quran Resam Uthmani.

xx

Posted in Buku & Kitab Rujukan | Comments Off on Rujukan Ilmu Tajwid

PERUBATAN NABAWIYYAH

Posted by suraukhairiahkgtengah on June 13, 2010

Surau Khairiah akan menganjur satu ceramah khas pada Kuliah Maghrib Hari SELASA 22 Jun 2010 (Selasa) berkenaan Perubatan Nabawiyyah.

Isi Kandungan:

Istilah kesihatan di sudut Islam.
Kesihatan disudut Rohani dan Jasmani.
Rawatan – Rohani – penyakit rohani dan rawatannya.
Jasmani- penyakit jasmani dan rawatannya.

1.  Jenis rawatan Al-QURAN dan SUNNAH
– Rawatan secara rohani -Ayat Al-Quran dan doa Rasulullah
– Bekam
– Herba- madu, habbatus sauda’, kurma, cuka kurma, air zam-zam, zaitun, buah tin, zakfaran dll

2.  Perubatan Tradisional Nabawiyyah- gabungan perubatan Islam, Melayu dan kontemporari.
-Urut badan, resdung, herba Melayu dll

Penceramah:

Ustaz Nornizam bin Ngadeni

Daripada:

Pusat Perubatan Tradisional dan Nabawiyyah
Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang Selangor
Tel :0176049396

POSTER:

Posted in Program Khas | Comments Off on PERUBATAN NABAWIYYAH

Susulan Pengajian Masalah Muda-Mudi

Posted by suraukhairiahkgtengah on June 4, 2010

Susulan daripada ceramah ilmu oleh Ust. Hanafi Abdul Malek yang telah diadakan pada 2hb Jun 2010 di Surau Khairiah, banyak perkara bersabit dengan masalah muda-mudi telah didedahkan.

Ini adalah petikan daripada website SIDIM di: http://www.sidim.nas.my

Saban hari berlaku peningkatan pencemaran moral remaja yang kekadang mengerikan. Cerita-cerita remaja bersekedudukan, hamil anak luar nikah, lari dari rumah, minum arak, hisap dadah, terlibat kongsi gelap, melacur, dan sebagainya bagaikan tak berkesudahan. Remaja yang terjebak menghabiskan hidup dengan sia-sia persis haiwan tak berakal. Dunia kotor menjadi sebati sampai ke dalam jiwa. Akhirnya tak ubah laksana bangkai bernyawa.

Menyedari kecelakaan remaja yang menghidap penyakit sosial boleh merenggut iman yang ada, menjahanamkan maruah agama, dan memalukan keluarga, maka langkah-langkah berkesan perlu diketengahkan dan bukan lagi dibahas dan dibincangkan. Justeru Rumah Sahabat SIDIM Bukit Beruntung diusahakan dengan kudrat yang ada demi melihat calar-calar moral remaja ini dibersihkan, digilap, dan dicanai sebaik mungkin dengan nur agama menjadi insan yang berhamba disisiNya.

Rumah kebajikan telah beroperasi 3 tahun. Bermula di Gombak dan kini di Bukit Beruntung. Faktor kesesuaian, fasiliti, dan keselamatan menjadi isu utama perpindahan ini demi melihat keselesaan penghuninya untuk dididik dalam suasana yang tenteram, aman, dan damai. Penghuninya silih berganti, yang datang berjaya dipulihkan dan kembali ke pangkuan keluarga untuk memulakan hidup baru dengan menjauhi perkara lalu. AlhamdulilLah rumah ini telah berjaya memulihkan hampir 280 orang remaja. Remaja ini terdiri daripada penagih dadah, black metal, skin head, murtad, kongsi gelap, kes bunuh, mencuri, sakit jiwa, dan sebagainya.

Kejayaan memulihkan remaja sebegini kembali bertaubat dan rasa berTuhan mendorong pihak kami melihat keupayaan rumah ini dengan lebih besar lagi ke arah menyelamatkan para remaja terlanjur yang ingin kembali ke pangkal jalan. Hasrat suci ini menjadi agak lembab disebabkan kekangan kewangan dan aset lain yang diperlukan. Maka menjadi harapan kepada insan-insan yang sudi menghulurkan bantuan menyahut agenda perjuangan menyelamatkan umat Islam kini terutamanya remaja yang bakal menjadi tonggak kekuatan negara pada masa mendatang.

Bagi mereka yang memerlukan bantuan bolehlah berhubung dengan SIDIM atau menghubungi AJK Surau Khairiah.

Posted in Am | Leave a Comment »

Skim Mesra Usia Emas

Posted by suraukhairiahkgtengah on June 4, 2010

Bagi  jamaah Kariah yang berkelayakan untuk mendaftar dalam skim ini digesa untuk membuat demikian serta merta terutama bagi mereka yang telah mencapai umur 60 tahun.

Penerangan lanjut berkenaan skim ini adalah seperti berikut:

(petikan daripada: mes.selangor.gov.my )

Skim Mesra Usia Emas (SMUE), merupakan satu skim khairat kematian yang diwujudkan khusus untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor. Bertujuan membantu keluarga warga emas / OKU yang memenuhi syarat dan berdaftar yang meninggal dunia tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi, dan kedudukan sosial mereka.Borang dan pendaftaran adalah PERCUMA.

Syarat Kelayakan Memohon:
1.      Warga Emas yang layak mendaftar adalah seorang WARGANEGARA Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
1.1      Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU
1.2      Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 DAN sedang menetap di Negeri Selangor atau di Wilayah Persekutuan;
ATAU
1.3      Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)

2.      Bagi OKU yang lahir di Negeri Selangor, tiada had umur ditetapkan. Bagi OKU kelahiran di luar Negeri Selangor mestilah juga telah menetap di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun. Hanya OKU yang memiliki Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja layak untuk mendaftar.

3.      Kerajaan Negeri akan menyumbang sejumlah RM2500 kepada Penama Warga Emas yang meninggal dunia dan telah berdaftar. RM1000 akan diberikan selepas menerima laporan kematian serta dokumen lengkap diserahkan dan pengesahan telah dibuat. Baki RM1500 akan diserahkan dalam tempoh 60 hari selepas penyerahan bayaran pertama dibuat dalam satu majlis khas.

Terma-terma tambahan:
1.      Pendaftaran adalah mengikut alamat tempat tinggal sebagaimana tercatat di dalam MyKad Pemohon. Mereka yang menetap di Negeri Selangor tetapi beralamat tempat tinggal di luar Negeri Selangor hendaklah membuat pertukaran alamat dan berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara yang berdekatan untuk mengelakkan sebarang masalah dalam proses pendaftaran dan pembayaran.
2.      Pemohon yang lahir di Negeri Selangor tetapi menetap di luar Negeri Selangor tidak layak untuk didaftarkan sebagai Ahli.
3.      Penjaga dan Penama hendaklah juga merupakan Warganegara Malaysia. Pemastautin Tetap tidak layak didaftarkan sebagai Ahli, Penjaga atau Penama.
4.      Penama yang layak didaftarkan adalah terdiri daripada kalangan berikut:
Anak, Isteri, Suami, Ibu, Bapa, Cucu, Abang, Kakak, Adik, Menantu atau Pertubuhan.
5.      Pemohon dan keluarga hendaklah berbincang dan melantik seorang Penama daripada senarai yang tersebut untuk diberikan kepercayaan bagi menguruskan wang manafaat ini sekiranya berlaku kematian.
6.      Sekiranya Penama adalah sebuah pertubuhan / rumah kebajikan dsb, maklumat lengkap serta dokumen pendaftaran pertubuhan berkaitan hendaklah disertakan. Satu surat kuasa daripada Ahli memberikan kebenaran kepada pertubuhan berkenaan menjadi Penama juga perlu disertakan. Semua dokumen dan surat kuasa hendaklah disahkan oleh Pusat Pendaftaran setelah melihat dokumen asal.
7.      Penama adalah merupakan orang yang diberikan kepercayaan dan amanah untuk menguruskan wang manafaat ini bagi pihak simati atas urusan-urusan pengurusan jenazah dan yang berkaitan.
8.      Pendaftaran Ahli hanya boleh dibuat sekali sahaja dan boleh dibuat di mana-mana Pusat Pendaftaran berdekatan berdasarkan alamat tempat tinggal. Borang Pendaftaran yang pertama diterima akan dikira sebagai telah disepakati oleh ahli keluarga berkenaan. Sebarang masalah di peringkat keluarga hendaklah diselesaikan oleh ahli keluarga yang terlibat terlebih dahulu sebelum sebarang bayaran boleh dibuat.
9.      Setiap borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan MyKad Pemohon, MyKad Penjaga Ahli, MyKad Penama Ahli dan Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika OKU). Setiap salinan MyKad hendaklah dicop/disahkan oleh Pusat Pendaftaran (Pusat Khidmat Masyarakat, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Daerah / Majlis Perbandaran / Majlis Bandaraya) dan Rantaian Mesra Sdn. Bhd.) bagi mengelakkan penyalahgunaan.
10.   Bagi Pemohon bukan kelahiran Negeri Selangor, pengesahan taraf mastautin hendaklah dibuat oleh mereka yang disenaraikan (ruangan 5.0 dalam borang pendaftaran) dan mestilah dari kawasan/kampung/blok tempat tinggal Pemohon.
11.   Semua yang telah disahkan layak akan didaftarkan ke dalam sistem eMesra. Ahli boleh membuat semakan di mana-mana Pusat Pendaftaran dengan memberikan nombor MyKad mereka untuk menyemak sama ada mereka telah didaftarkan atau belum. Ahli keluarga juga diminta untuk memaklumkan kepada ahli keluarga yang lain sekiranya mereka telah menguruskan satu-satu nama itu untuk didaftarkan bagi menggelakkan pendaftaran yang bertindih serta sebarang masalah berkaitan pendaftaran dan tuntutan.
12.   Tuntutan tidak akan dibayar sekiranya sebelum ia diserahkan terdapat pertindihan tuntutan atau perselisihan keluarga berlaku. Bayaran hanya akan dibuat apabila semua pihak bersetuju melantik seorang yang boleh dipertanggungjawabkan dan ia mesti dipersetujui secara bertulis dan diserahkan kepada Rantaian Mesra Sdn. Bhd.


Posted in Am | Comments Off on Skim Mesra Usia Emas