Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

Archive for May, 2010

Masalah Remaja & Muda-Mudi

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 31, 2010

Pihak AJK terpanggil untuk mengadakan program pengajian berkenaan topik  yang berleluasa masa ini.  Semua Jemaah dijemput hadir semoga dapat sama-sama kita mengenali dan menangani masalah ini. Pengajian akan dipimpin oleh Ustaz Hanafi Abdul Malek drp. Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman.

Advertisements

Posted in Program Khas | 1 Comment »

AJK baru bermula 1hb Jun 2010

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 31, 2010

Barisan AJK baru yang akan mula bertugas pada 1hb Jun 2010 adalah seperti berikut:

AJK SURAU KHAIRIAH KG TENGAH GOMBAK

Bermula 1hb JUN 2010

PENASIHAT: Tuan Syed Haidzir bin Ahmad

PENGERUSI: Hj. Ir. Mohd Jaaffar bin Mohd Daud

IMAM: Hj Omar bin Hassan

BILAL: Hj Alias bin Abdul Karim

SIAK: Hj Mohammad Tapa bin Ibrahim

SETIAUSAHA: Abdul Azij bin Abdul Wahab

BENDAHARI: Hj Mohamedan Makhtar bin Mohd Salleh

AHLI:

1. Mohd Rafie bin Mohd Saari

2. Puan Siti Rohani binti Sien

3. Puan Rosnah binti Vadumurid

4. Azman bin Ahmad Basorawi

5. Ridwan bin Hj Buyong

6. Kamaruzaman bin Abu Bakar

7. Hj Azman Shamsuddin

8. Zainuddin b Kornain

9. Hamdan bin Ahmad

10. Shawalludin Abdul Jalil

11. Nazman bin Namso

12. Abdul Razak bin Mohamad Alias

JURUODIT:

1. Hj Abdul Malek bin Abdul Khalil

2. Hj Fahirurazi bin Yaacob

BIRO:

Biro Pemuda:

Ketua:                          Mohd Rafie bin Mohd Saari

Pembantu:                    Nazman bin Namso

Biro Muslimat:

Ketua:                          Puan Siti Rohani binti Sien

Pembantu:                    Puan Rosnah binti Vadumurid

Biro Penyenggaraan Surau:

Ketua:                          Ridwan bin Hj Buyong

Pembantu:                    Azman bin Ahmad Basorawi

Biro Pengajian & Dakwah

Ketua:                         Hj Azman Shamsuddin

Pembantu:                   Zainuddin b Kornain

WAKIL ZON KARIAH KG TENGAH:

Zon 1 (Tmn B Sentosa): Hj Omar Hassan/Hj Abdul Malek Abdul Khalil

Zon 2 (Kg Tengah Tambahan): Abdul Razak bin Mohamad Alias

Zon 3 (Jln Harmonis 2&3): Hamdan bin Ahmad

Zon 4 (Jln Harmonis 4,5&6): Hj Fahirurazi/Hj Mohd Jaaffar

Zon 5 (Jln Harmonis 1&1/1): Hj Azman bin Shamsuddin

Zon 6 (Pangsapuri Harmonis): Zainuddin Kornain/Nazman Namso

Zon 7 (Jln Tengah 2): Hj Alias Hj Karim/Azman Ahmad Basorawi

Zon 8 (Kg Tengah–sebelah surau): Ridwan Hj Buyong/Kamarulzaman Abu Bakar

Zon 9 (Kg Tengah-seberang): Shawalludin Abdul Jalil

xxxxx

Posted in Am | Comments Off on AJK baru bermula 1hb Jun 2010

Jadual Kuliah Bulan Jun 2010

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 30, 2010

Di kembarkan jadual kuliah sepanjang bulan Jun.

Posted in Jadual Kuliah | Comments Off on Jadual Kuliah Bulan Jun 2010

Gotong Royong di Surau Khairiah

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 25, 2010

Satu aktiviti gotong royong untuk membersihkan persekitaran surau akan diadakan pada:

Hari: AHAD 30hb Mei 2010

Mulai jam: 9.00 pagi

Semua warga kariah dijemput untuk bersama dalam menjayakan aktiviti ini. Untuk tujuan tersebut sila bawa bersama peralatan yang diperlukan.

Kehadiran warga kariah amatlah dialu-alukan dan pihak AJK baru mengucapkan penghargaan kepada semua semoga sumbangan ini akan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.

GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN PERSEKITARAN LUAR DAN DALAM SURAU

Tarikh: 30hb Mei 2020

Bermula: jam 9.00 pagi

AJK baru menjemput semua warga kariah Surau Khairiah turut sama

Terima kasih

Ir Hj Mohd Jaaffar bin Mohd Daud

Pengerusi AJK (daripada 1hb Jun 2010)

Posted in Am | Comments Off on Gotong Royong di Surau Khairiah

40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 19, 2010

Buku rujukan oleh Ustaz Mohd Noor bagi kelas pengajaran hadis yang dimulai pada 16hb Mei 2010.

Tajuk: 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman

Susunan: Ahmad Fahmi Zamzam

Penerbit: Khazanah Banjariah

Rumusan: Buku ini menyebut petanda-petanda kiamat yang sekarang ini telah dan sedang kita rasakan. Bahkan debaran jantung dunia sentiasa akan dikejutkan oleh peristiwa-peristiwa ganjil yang akan terjadi dari masa kesemasa. Read the rest of this entry »

Posted in Buku & Kitab Rujukan | Comments Off on 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman

Kitab Aqidah 

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 18, 2010

Kitab rujukan oleh Ustaz Lt Kol. Fauzi bagi kelas Akidah yang dimulai pada 15hb Mei 2010.

Tajuk: Aqidah Ahli Sunnah WalJama’ah

Pengarang: Haji Said Haji Ibrahim (Bekas Mufti Negeri Sabah)

Penerbit: Darul Ma’rifah Kuala Lumpur

Sekitar kitab ini:

Kitab ini menghuraikan masalah-masalah yang berkaitan dengan aqidah, ia itu keistimewaan aqidah, kepentingan aqidah, aqidah-aqidah yang sahih dan ciri-cirinya, aqidah-aqidah yang batil dan ciri-cirinya, masalah-masalah uluhiyah, rububiyah, dan masalah-masalah keimanan, yang merosakkan iman dan yang menyebabkan kekufuran dan lain-lain.

Posted in Buku & Kitab Rujukan | Comments Off on Kitab Aqidah 

Azan Surau Khairiah

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 16, 2010

Bilal: Hj Alias bin Abdul Karim

Posted in Rakaman Audio | Comments Off on Azan Surau Khairiah

Rakaman Kuliah Ustaz Wan Nasir

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 16, 2010

Posted in Rakaman Video | Comments Off on Rakaman Kuliah Ustaz Wan Nasir

Hadis Qudsi- Kelalaian manusia

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 16, 2010

Ustaz Norazan akan mengulas Hadis Qudsi berkenaan Kelalaian manusia pada Kuliah Subuh 23 Mei nanti. Jamaah dijemput hadir.

Posted in Program Khas | 1 Comment »

Aktiviti pengajian bulan Mei 2010

Posted by suraukhairiahkgtengah on May 8, 2010

Seperti biasa Surau Khairiah mengadakan pengajian Kuliah Maghrib dan Kuliah Subuh seperti tersenarai diJadual Kuliah Bulan Mei.  Pengajian yang di adakan meliputi bidang ilmu Agama yang berguna dan bermanafaat. Lebih ramai Jamaah di alu-alu untuk menghadiri pengajian ini.

WAJIB MENUNTUT ILMU AGAMA DAN KELEBIHANNYA

Firman Allah Taala, maksudnya: “.. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya.” (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia’).

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam.”

Posted in Am | Leave a Comment »