Surau Khairiah Kg Tengah Gombak

Jom.. imarahkan surau untuk mendapat redha Allah

  • Mimbar Surau Khairiah sebagai logo..

  • Masukkan Email untuk melanggan kepada blog dan mendapat pos terbaru

    Join 488 other subscribers

Archive for July, 2011

Semarakkanlah bulan RAMADHAN dengan berbagai amalan soleh.

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 30, 2011

SURAU KHAIRIAH menjemput semua anak kariah daripada Taman Harmonis, Taman Bukit Sentosa, Taman-taman berhampiran dan penduduk  Kg Tengah untuk menyemarakkan surau daripada awal hingga akhir Ramadhan dengan aktiviti berikut yang telah dijadualkan:

  1. Solat Terawih 20 rakaat berimankan Iman Hafiz.
  2. Solat fardhu berjamaah.
  3. Qiamulail daripada jam 4.15 pagi pada pagi hujung minggu(Sabtu dan Ahad) dan malam-malam I’tikaf diikuti dengan bersahur
  4. Majlis berbuka puasa dan moreh selepas solat Terawih (harian)
  5. Bertahlil selepas Solat Terawih.
  6. Tazkirah ringkas akan diselitkan pada masa yang sesuai.
  7. Taddarus bagi muslimin & muslimat dewasa.
  8. Taddarus bagi remaja dengan imbuhan duit Raya.
  9. Beri’tikaf di Surau terutamanya pada hari-hari ganjil 10 hari akhir Ramadhan.
  10. Penyediaan bubur lambok pada minggu pertama dan ketiga untuk agihan kepada anak kariah dan jiran.
  11. Semua anak kariah boleh mengambil peluang untuk banyak bersedekah kepada tabung surau untuk membiayai aktiviti yang digariskan.
Pengerusi Surau

Posted in Am | Leave a Comment »

Kumpulan taddarus al-Quran bagi REMAJA

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 26, 2011

Surau Khairiah Kg Tengah ingin mendapat lebih ramai anak-anak kariah terdiri daripada REMAJA untuk menyertai taddarus al-Quran pada Ramadhan tahun ini.  Kumpulan taddarus remaja ini terbuka kepada semua diperingkat persekolahan Tingkatan 5 kebawah. Sebagai galakan dan motivasi, pihak AJK Surau telah bersetuju untuk menyediakan duit Hari Raya bagi mereka yang telah melalui lebih 20 hari bertaddarus.

Semua anak-anak kariah dalam peringkat umur seperti diatas dijemput untuk menyertai program ini di Surau Khairiah yang akan dimulakan pada malam pertama bulan Ramadhan nanti.

 

Biro Pengajian & Dakwah

Posted in Am | Leave a Comment »

Jadual Aktiviti sepanjang Ramadhan 1432

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 26, 2011

Dikembarkan jadual aktiviti yang telah dirangka sepanjang bulan Ramadhan bagi panduan semua anak kariah Surau Khairiah Kg Tengah.

Semua anak kariah dijemput untuk hadir dan menyemarakkan surau dan bersedekah untuk membiayai aktiviti yang telah dijadualkan.

 

Posted in Program Khas | Leave a Comment »

Gotong Royong membersih surau

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 22, 2011

Menjelang Ramadhan, AJK Surau ingin mengajak anak kariah untuk bergotong royong membersihkan surau sebagai persediaan menyambut Ramadhan.

Tarikh: 24hb Julai 2011 (AHAD)

Jam: mulai 8.30 pagi

Semua anak kariah dijemput hadir. Minuman akan disediakan.

AJK Surau Khairiah.

Posted in Am | Leave a Comment »

Persiapan menghadapi RAMADHAN..

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 20, 2011

Ustaz Norazan akan mengupas berkenaan persiapan serta amalan yang sebaiknya dilakukan sepanjang bulan RAMADHAN Al-Mubarak pada kuliah SUBUH :

 

Pagi :    AHAD 24hb Julai 2011

Tempat :    Surau Khairiah Kg Tengah.

 

Jemaah terutamanya anak kariah Surau Khairiah dijemput untuk hadir untuk mengulangkaji dan mengingati kembali persiapan serta amalan yang sebaiknya bagi memenuhi bulan Ramadhan nanti.

 

Kehadiran semua diucapkan Jazakallahu Khairan

AJK Surau Khairiah

Tarikh : 20 Julai 2011

Posted in Program Khas | Leave a Comment »

Sumbangan Ramadan 1432H

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 18, 2011

Tan Sri/Dato’Seri/Dato’/Tuan/Puan,

Insyaallah kita akan menyambut bulan Ramadhan tidak berapa lama lagi. Dengan kedatangan bulan Ramadan yang diberkati, saya bagi pihak AJK Surau Khairiah seperti amalan tahun-tahun yang lepas ingin membuat rayuan untuk mendapat sumbangan bagi tabung surau dan juga bagi perbelanjaan semasa bulan Ramadan.

Acara biasa yang akan diadakan termasuk mengada solat terawih serta majlis berbuka, moreh, bersahur dan tahlil. Acara-acara ini memerlukan pembiayaan. Bersama ini saya kembarkan borang yang meliputi sumbangan untuk penyediaan juadah berbuka puasa, moreh dan sahur serta Tahlil, sumbangan kepada anak yatim dan zakat (untuk diagihkan oleh surau kepada asnad zakat bagi tahun ini)

Saya bagi pihak AJK bersukacita diatas keperihatinan tuan/puan untuk menyumbangkan sumbangan ikhlas semoga kita mendapat keberkatan daripada Ramadan tahun ini dengan ganjaran yang berganda daripada Allah SWT. Saya juga ingin mempelawa tuan/puan serta keluarga untuk bersama-sama menyertai acara yang dianjurkan oleh Surau Khairiah semoga kehadiran lebih ramai jemaah akan menyemarakkan surau kita.

Saya dahului dengan ucapan berbanyak terima kasih.

Jazakallahu Kasiran.

(Ir. Hj. Mohd Jaaffar bin Mohd Daud)

Pengerusi.

Borang sumbangan yang boleh dimuatturun:

Borang Sumbangan Ramadhan 1432:

 BORANG SUMBANGAN Ramadhan

 

 

 

 

 

Borang Tahlil:

BORANG Tahlil Ramadhan

Posted in Program Khas | Leave a Comment »

Tawaran sebutharga: Membekal Makanan bagi Majlis Berbuka Puasa, Moreh dan Sahur

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 7, 2011

 

Skop kerja:

 

  1. Membekal makanan bagi majlis berbuka puasa, moreh dan bersahur bagi hari-hari dan bilangan yang akan ditentukan.

 

  • Makanan bagi jamuan Sahur pada hari-hari yang akan ditentukan adalah secara berbungkus, terdiri daripada nasi putih, satu jenis lauk,  sayur dan buahan. Air minuman akan disediakan oleh pihak Surau. Bilangan minima 30 bungkus. Minima bagi 6 waktu sahur.
  • Makanan bagi jamuan moreh yang akan diadakan selepas Solat Isyak bagi tiap-tiap malam hendaklah terdiri daripada makanan ringan seperti mee goring, lontong dan sebagainya disertai dengan kuih dan buahan. Hanya satu jenis makanan diperlukan bagi setiap jamuan moreh. Air minum akan disediakan oleh pihak surau. Bilangan minima 60 jemaah.
  • Makanan bagi jamuan berbuka puasa pada hari-hari yang akan ditentukan hendaklah terdiri daripada nasi, dua jenis lauk, sayuran dan buahan. Air minum akan disediakan oleh pihak surau. Bilangan minima 50 jemaah. Minima bagi 6 waktu berbuka puasa.
  • Pada malam 27 Ramadhan, makanan bagi jamuan moreh yang special diperlukan. Jamuannya terdiri daripada nasi minyak atau seumpamanya serta lauk, sayur dan buahan untuk minima 200 jemaah. Air minuman jenis panas dan sejuk serta kuih-muih hendaklah disediakan.

 

  1. Tawaran ini hanya melibatkan pembekalan makanan sahaja. Pihak surau akan menghidangkan jamuan ini secara buffet atau hidang bergantung kepada keperluan.
  2. Jamuan moreh pada 27 Ramadhan agak berbedza daripada hari lain kerana pada jamuan ini dua meja buffet serta pinggan mangkuk perlu disediakan.
  3. Sebuah khemah berukuran minima 20×20’ hendaklah disediakan bagi kegunaan surau termasuk memasangnya sebelum menjelang Ramadhan hingga keakhir.

 

Syarat penawaran:

 

  1. Sebutharga hendaklah diperincikan dengan berbagai jenis menu & juadah semoga pihak surau dapat membuat pilihan dan jadual menu bagi sebulan dapat dirangka.
  2. Sebutharga hendaklah menggunakan borang sebutan harga yang disertakan.
  3. Tawaran tidak semestinya diberi kepada yang termurah.
  4.  Tawaran akan ditutup jam 12.00 tengah hari pada 18 Julai 2011.
  5. Tawaran hendaklah dikemukakan kepada Bendahari atau mana-mana AJK dalam sampul tertutup sebelum tarikh tutup.
  6. Apabila telah ditawarkan, perundingan akan diadakan untuk merangka jadual bagi sepanjang bulan dan menentukan bilangan minima makanan yang perlu disediakan dan perkara-perkara lain.

Borang sebutharga:

 

Bil Perkara RM/seorang
1

 

Makanan bagi jamuan bagi Sahur (berbungkus)  
2

 

Makanan bagi jamuan moreh (tiap-tiap malam)  
3

 

Makanan bagi jamuan Berbuka Puasa  
4

 

Makanan bagi jamuan moreh pada 27 Ramadhan  
5

 

Khemah (sebuah)  
6 Lain-lain:

 

 

 

 

 

 

 

 

 
   JUMLAH:

Pengerusi

Surau Khairiah Kg Tengah

7 hb Julai 2011

 

Posted in Am | Leave a Comment »

Sekitar malam Ceramah Perdana Iktibar Isra’ & Mikraj

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 6, 2011

Posted in Am | Leave a Comment »

Jadual pengajian bulan Julai 2011

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 3, 2011

Di kembarkan jadual kuliah pada bulan Julai 2011.

Para Jamaah di jemput untuk bersama-sama menghadiri program ini.

Biro Dakwah & Pengajian

Posted in Jadual Kuliah | Leave a Comment »

PEMBELIAN TEMPAT MANDI JENAZAH FIBER GLASS

Posted by suraukhairiahkgtengah on July 3, 2011

Tempat mandi jenazah yang ada sekarang sudah lama dan dibuat daripada kayu dan besi yang sangat berat untuk dibawa. Dengan itu pihak AJK Surau Khairiah mengesyorkan untuk menukar kepada jenis FIBER GLASS yang lebih ringan dan senang dibawa dan disimpang.

Satu tabung yang dinamakan Tabungan Saham Akhirat Pembelian Tempat Mandi Jenazah akan dibuka bagi anak kariah Surau Khairiah.

Harga seunit ialah RM10.00. Bilangan yunit yang dibuka hanya 390 sahaja.

Sesiapa yang berminat untuk menyumbang kepada tabung ini bolehlah membuat belian dengan Bendahari atau mana-mana AJK Surau.

Gambar tempat mandi jenazah fiber glass:

Posted in Am | Leave a Comment »